30 May 2014

Saya Pilih Untuk Berbisnes Dengan Shaklee Kerana.....
Oleh Norfaziela

Ramai kawan- kawan saya yang tanya " Kenapa jual Shaklee ?,

Kenapa tak jual benda lain ? "

Lalu saya jawab

" Saya pernah jual bermacam- macam tapi sekarang saya pilih Shaklee sebab Shaklee beri kesan besar pada saya.
Mula- mula masa saya sangat penat jaga anak- anak sambil mengandung 5 bulan masatu, Set Hamil Shaklee bantu beri tenaga pada saya. Bahkan Allah permudahkan saya bersalin. Push sekejap je terus keluar Muhammad Alim

Kemudian saya sambung dengan Set Pantang. Sangat- sangat bertenaga saya rasa. Luka pun cepat sembuh.

Malah masalah Gastrik dan Resdung dapat saya atasi dengan produk Shaklee

Dengan kesan inilah saya berkongsi dengan kawan- kawan.

Pada June 2013 saya capai income 4 angka pertama saya dengan Shaklee. Dan kini semakin meningkat.

Saya bangga dapat tolong kawan- kawan yang nak bisnes jugak. Kini diorang pun dah boleh bangga dengan income masing- masing.

Sekian perkongsian dari saya. Klik http://vitamin-sihatcantik.blogspot.com/2013/12/kenali-ummie-ziela.html untuk kenali saya.

29 May 2014

Coqhealth Untuk Masalah Jantung Dan Kolestrol
Oleh Norfaziela Mohd Noor


Saya baru sahaja hantar Coqhealth Plus Shaklee pada seorang pelanggan. Ibunya ada masalah kolestrol yang tinggi dan dah tua. 

Apa lagi, saya pun syorkan Coqhealth sebab saya tahu Coqhealth ni memang terbaik untuk masalah berkaitan jantung seperti kolestrol.

Klik untuk ketahui tanda awal sakit jantung

Tambahan pula, ibu beliau dah tua mestilah perlukan tenaga.

Ini kerana jantung mestilah cukup kuat untuk mengepam dalam melalui saluran darah yang sempit. Saluran ini menjadi sempit bila kolestrol dan lemak melekat padanya. 

Kalau lah jantung selalu kerja kuat dan keletihan, maka masalah lemah jantung pula akan timbul. Sebab itulah mesti ambil Coqhealth sebagai booster tenaga untuk jantungnya.

Anda yang sedang baca artikalni pula macamana ? Kolestrol adalah masalah pada hampir semua orang akibat gaya hidup dan permakanan yang tidak sihat.

Saya syorkan anda mengamalkan Coqhealth untuk menjaga jantung sebelum terlambat.

Anda boleh hubungi saya melalui nombor 019 3949873.

Klik 'Follow" saya di icon Google + disebelah untuk mendapat artikal terbaru saya.
 
Sekian Wassalam
Norfaziela Mohd Noor'
Pengedar Shaklee Sebenar
FB Norfaziela Dot Com

Kelebihan Vitamin C dan Coqhealth Ketika Travelling
Oleh Norfaziela Mohd Noor




 Saksikan video ringkas ini berkenaan kesan Vitamin C dan Coqhealth untuk anda yang sering berjalan jauh ( travelling ).

Setiap kali kita berjalan jauh ( travelling ), secara tidak sedar, kita sedang melalui proses penuaan yang lebih cepat daripada biasa. 

Di dalam video ini saya ada berkongsikan penerangan ringkas berkenaan Vitamin C dan Coqhealth, kelebihan  Vitamin C dan Coqhealth yang saya amalkan adalah untuk melambatkan penuaan secara selamat dan berkesan.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk Vitamin C dan Coqhealth
 sila hubungi saya di 019-3949873 

28 May 2014

Orang Dah Tak Nak Beli Produk Shaklee Sebab..
Oleh Hubby Norfaziela


Bulan lepas heboh pasal pengedar Shaklee dah tak boleh jual bawah harga runcit. Ramai juga yang merajuk dan tak beli produk Shaklee bulan lepas kerana dah tak dapat harga ahli.

Saya ambil 2 perspektif dalam membincangkan topik harga ahli pada bukan ahli. Pertama, dari kacamata pengguna yang belum mendaftar ahli. Kebiasaannya anda akan survey harga dari beberapa pengedar. Pengedar mana yang boleh beri harga paling rendah, maka yang itulah menjadi pilihan anda. Anda mungkin tak kisah tentang kesan harga yang sangat murah itu pada pengedar dan Shaklee sendiri. Yang penting anda dapat barang anda dengan harga paling- paling jimat. Siapa yang tak nak jimat kan ?

Baca lagi..

Perspektif kedua ialah dari kaca mata pengedar. Ada dua jenis pengedar Shaklee diluar sana. Saya bermula dengan pengedar Shaklee yang desperate. Parah betul bunyinya kan. Memang parah pun. Oleh kerana mereka kurang ilmu seperti ilmu produk, ilmu marketing, ilmu menguruskan pelanggan dan sebagainya, pengedar ini memilih jalan mudah untuk menarik perhatian anda dengan harga ahli. Pengedar seperti ini juga mempunyai kurang keyakinan sekiranya mereka ada ilmu. Kebanyakan pelanggan yang membeli dengan pengedar sebegini selalu datang bertanya cara pengambilan dan step-by-step kesan pengambilan produk Shaklee. Nampak tak ? Anda sebenarnya sangat rugi bila membeli dengan pengedar seperti ini. Dah lah beli produk mahal, lepas tu tak diajar cara guna, tak ada follow up dan tak ambil peduli pun samaada anda dapat kesan optimum atau tidak. Pengedar seperti ini merosakkan Shaklee dan akan memisahkan anda dengan Shaklee. Mengapa saya kata begitu ? 


Teruskan bacaan..

Kemudian, saya nak bercerita tentang pengedar Shaklee Sebenar yang juga seperti saya. Bila Shaklee menguatkuasakan larangan penjualan bawah harga ahli pada semua pengedar, saya didedahkan tentang peranan pengedar Shaklee Sebenar. Pengedar Shaklee yang sebenar ialah pengedar yang lengkap dengan pelbagai ilmu untuk anda keluar dari masalah kesihatan. Dah la pakar dalam ilmu produk, malah saya selalu membuat 'after sales service' seperti bertanyakan kesan, periksa samaada anda betul- betul faham tentang fungsi dan cara pengambilan dan yang paling penting boleh menjadi ala- ala doktor peribadi anda.  Anda boleh rujuk apa saja yang tak faham tentang produk pada saya. Bahkan pengedar Shaklee sebenar macam saya juga akan cadangkan dengan ikhlas produk terbaik untuk anda walaupun produk itulah yang paling murah. Bagus kan ?

Apakah Kesan Menyokong Pengedar Shaklee Yang Desperate ?

Untuk pengetahuan anda, saya telah terlibat dengan syarikat MLM sejak dari sekolah menengah kerana ayah saya sangat aktif berMLM. Semua MLM yang saya join adalah berasaskan produk kesihatan. Ada yang produknya bagus dan ada yang tak bagus. Tapi sudah tentulah tak sebagus Shaklee kan :) . 

Jadi dipendikkan cerita, kebanyakan MLM ini sangat besar dan popular di Malaysia pada peringkat awal. Tetapi kebanyakannya terpaksa gulung tikar atau mengecil kerana pasaran yang semakin rosak. Puncanya satu sahaja iaitu pengedarnya menjual pada harga yang tidak sepatutnya pada pengguna. Sehingga ramai pengedar senior yang sanggup menanggung kerugian semata- mata untuk mendapat mata bonus. Situasi ini akan memberi kesan yang dasyat pada pengedar baru yang tak mampu untuk rugi. Mereka akan meninggalkian bisnes ini. Maka syarikat akan mengecil dan kos operasi akan melebihi keuntungan. Akhirnya, syarikat akan tutup dan anda tak akan dapat menggunakan produknya lagi walaupun ia sangat bagus.


Kesimpulannya, jika anda sangat suka produk ini maka anda hanya perlu buat satu perkara untuk dapatkan harga murah yang anda nak sangat tu. Daftar saja ahli. Tak mahal pun. Hanya RM75 seumur hidup jika anda selalu membuat pembelian. Tapi jangan pula daftar dengan pengedar yang lansung tak komited untuk bantu anda keluar dari masalah kesihatan sebaliknya semata- mata nak menjual.

Ini adalah bisnes dari hati yang menjadi sumber rezeki hakiki keluarga saya. Saya komited untuk bantu anda keluar dari masalah kesihatan dan memberikan anda harga yang paling murah bila anda mendaftar sebagai ahli. Lepastu dah tak payah buat kerja- kerja survey lagi dah. 

Bagi pengedar lain pula, percayalah rezeki itu telah ditentukan Allah s.w.t sejak dari luh mahfuz lagi. Usaha kita di sini hanyalah untuk menentukan pahala, dosa, berkat atau sebagainya.

Wallahualam.

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar,
Norfaziela Mohd Noor
Pengedar Shaklee Sebenar
Shaklee ID 908452
HP 019 3949873
Email zielaamin83@gmail.com
Facebook Page Norfaziela Dot Com

26 May 2014

Makanan Untuk Diet Anak- Anak
Oleh Norfaziela

Siap ! Baru siapkan roti telur mata untuk anak- anak sarapan. Ada protin, omega dan nutrien penting. Tambah pula dengan susu Dutch Lady Full Cream. Memang favorite anak- anak saya la susu ni.


Tapi.... Mana buah, mana sayur ? Mana ada orang Melayu makan salad pagi-pagi macam ni. Mat Salleh ada lah kot. 

Oleh itu selain sarapan macamni, saya akan pastikan anak- anak saya ambil juga Meal Shake 1 sudu kecil setiap pagi. 

Kenapa saya mesti bagi Meal Shake ?

Seperti tulisan saya sebelum ini, Meal Shake adalah pelengkap pada semua zat yang diperlukan oleh seorang kanak- kanak. 


Diet anak- anak tak akan seimbang dengan bermacam faktor negatif seperti makanan yang dimasak, racun buah, zat tak lengkap, makan sedikit sahaja akibat jurang selera dan bermacam- macam lagi.

Meal Shake ni juga kaya dengan 24 jenis vitamin yang lengkap untuk tumbesaran tubuh dan otak kanak- kanak. 

Malah kandungan asid folik, biotin dan kalsium dan magnesium sangat penting untuk membina tulang dan sel-sel untuk anak- anak untuk membesar.
( Klik di sini untuk fungsi lengkap Meal Shake

Jadi, jangan lupa berikan Meal Shake pada anak-anak anda sebagai pelengkap diet mereka.

Saya doakan anak-anak anda membesar dengan cergas.

Untuk tempahan produk sila hubungi 019 3949873.
 
Sekian,

Norfaziela Mohd Noor
Shaklee ID 908452

 

25 May 2014

Bina Kerjaya Sambil Jaga Anak Di Rumah
Oleh Norfaziela Mohd Noor

Saya bangga dapat duduk rumah sambil jaga anak- anak. Mana tak nya sambil jaga sambil dapat income ribu- ribu tiap- tiap bulan dengan berShaklee.


" Awak kerja kat mana ?" Biasa dengar soalan macam ni kan. Dulu jawab tak kerja. Mungkin juga ada  yang malu nak jawab macamtu sebab tak bekerja di ofis macam isteri orang- orang lain. 

Tapi sekarang saya boleh kawab dengan bangga , " Saya bisnes di rumah sambil jaga anak- anak". Kemudian orang tanya lagi, " Banyak ke dapat bulan- bulan ?". Saya jawab, " Lebihlah dari gaji seorang Manager " ? Terkejut dia dengar. Hehehehe tapi itulah hakikatnya.

Bila saya mula berShaklee baru lah saya sedar yang semuani lansung tak mustahil. Siapa sangka saya boleh capai pendapatan macam sekarang. 

Berkat usaha dan doa dan tak lupa juga pada kawan- kawan yang menyokong dan memberi ilmu pada saya sehingga saat ini.

Saya buat Shaklee secara online dan offline. Saya bukan pandai sangat pun dengan komputer ni. Setakat asas menaip, guna Facebook dan guna blog itupun dah memadai untuk berjaya dalam Shaklee.



Pada saya yang paling penting sekali adalah kemahuan yang kuat untuk ubah hidup menjadi lebih baik. Baik dari segi ekonomi akan bantu saya dalam banyak perkara. Tapi tentulah kena baikkan agama dalam masa yang sama supaya boleh jadi peniaga muslimah yang membantu agama.

Jadi saya ingin ajak anda dengan serius untuk bersama saya dalam Shaklee. Bersama saya, saya akan berikan yang terbaik untuk kareer Shaklee anda.

1. Ilmu produk yang betul dan berkesan seperti fungsi, kombinasi produk, cara pengambilan dan tip kecantikan.

2. Teknik mencapai pendapatan lumayan dari segi CASH, INSENTIF KERETA & PERCUTIAN 6 Bintang dari Shaklee.

3. Strategi bisnes agar dapat membina empayer bisnes anda sendiri.

4. Support group yang penuh dengan info berguna untuk bantu anda menjawab semua soalan pelanggan tentang produk.

Jika saya mampu maka apa kurangnya anda. 

Sekian, wassalam
Norfaziela Mohd Noor
Shaklee ID 908450

24 May 2014

Oleh Norfaziela Mohd Noor

Akhirnya, sampai juga surat yang ditunggu- tunggu. Surat jemputan ke Shaklee National Conference ( NC ) baru je saya dapat petang tadi. Dapat pula bilik di Sunway Resort & Spa. Dengarnya ada jugak yang diberi hotel di Shah Alam kerana tak cukup bilik. Wah, memang berduyun- duyun yang pergi ni.

Eeeeee tak sabar nak naik pentas ambil award. insyaAllah saya dah azam untuk dapat lebih banyak award tahun depan. 

Dah lah free, Shaklee bagi T Shirt dan beg lagi. Sukanya hati.


Ni pulak pamplet tentang senarai aktiviti dan maklumat mengenai tempat acara diadakan.



Jadi, jumpa anda disana...

Wassalam
Norfaziela Mohd Noor



23 May 2014

Oleh Norfaziela Mohd Noor

Semoga Allah panjangkan umur saya, suami, anak- anak dan semua rakan seperjuangan dalam bidang ini. Saya teruja sangat untuk ke National Conference 2014 sebab ini adalah pertama kali dalam hidup saya sejak sertai Shaklee tahun lepas. 


National Conference ini akan berlansung di Sunway Pyramid Convention Center pada 7 dan 8 haribulan Jun 2014 yang akan mengumpulkan semua Leader- leader Shaklee yang hebat dari seluruh negara untuk menerima penghargaan hasil perjuangan bisnes mereka dalam Shaklee melalui Star Achiever Awards Recognition. Ini adalah program penghargaan paling tinggi oleh Shaklee. 

InsyaAllah saya akan bawa pulang 2 award iaitu New Car Bonus Achiever dan Business Grow New Rank Achievement. Alhamdulillah.


Baju dah tempah, hotel dah booking, kamera pun dah sedia nak ambil gambar. Eh betul- betul tak sabar rasanya. Apa yang menarik sangat tentang National Conference ni ? Bagi diri saya, ini adalah penghargaan terbesar dalam kareer saya. Saya dah berjaya membina bisnes Shaklee dengan usaha saya sendiri. Ini adalah tangga- tangga besar dalam kejayaan saya dalam Shaklee dan saya bangga dengan diri saya.

SAYA NAKKAN LEBIH MOTIVASI

Bayangkan program Shaklee yang 2 jam seperti Bengkel Nutrisi pun saya dapat banyak semangat dan motivasi, apakan lagi program sebesar ini. InsyaAllah National Conference ini akan suntik motivasi yang meluap- luap untuk capai Master secepat mungkin.  


Bayangkan lagi dapat tengok sendiri ibu- ibu yang dah capai tahap bebas ekonomi dalam usia yang muda. Siapa sangka dalam usia 30 an dah capai tahap jutawan dalam akaun bank masing- masing. Apa yang mereka capai itulah juga impian saya.

RUGI

National Conference ini hanya diadakan setahun sekali. Ramai yang berkorban masa dan wang semata- mata untuk dapat sertainya. Bayangkan mereka dari Sabah dan Sarawak pun sanggup beli tiket dan terbang ke KL semata- mata untuk hadir di NC. Mereka dah block tarikh ni siap- siap. Bagi Leader yang terima anugerah pula akan diundang khas melalui surat dari Shaklee. Ahli- ahli lain pula boleh dapatkan tiket dengan harga RM30 sahaja. 

Jadi, jom ramai- ramaikan NC 2014 dan semoga kita dapat sumber inspirasi dan motivasi yang akan pecutkan kejayaan kita dalam Shaklee. 

Salam sayang dari saya, 
Norfaziela Mohd Noor
Pengedar Shaklee Profesional

22 May 2014

4 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee
Oleh Norfaziela

Anda tentu rambang mata dengan produk kurus yang berlambak- lambak di pasaran. Kebanyakannya tidak menceritakan dengan jelas cara produk itu berfungsi dalam proses menguruskan badan anda. " 4 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee" ini akan menceritakan tentang cara Set Kurus Shaklee ini berfungsi dengan sejelas- jelasnya.


No.1 Kurus Dengan Alfafa Complex

Ramai yang bertanya saya kenapa mesti ambil Alfafa untuk kurus. Ada pula yang berkata Alfafa tak sepatutnya ada dalam Set Kurus Shaklee. Bahkan banyak kajian menunjukkan Alfafa taklah glemer sangat untuk fungsi kurus. Dah tu mengapa pula saya masih syorkan Alfafa ? Sebabnya Alfafa akan memudahkan penyerapan zat produk kurus yang akan di ambil berikutnya. 

Cuba anda fikir. Jika sistem pencernaan dan penyerapan zat di perut anda tak sempurna, adakah anda akan dapat kesan yang optimum dari produk kurus yang anda makan ? Dah lah produk kurus di pasaran mahal. Tak rasa rugi ke beli mahal- mahal tapi tak beri kesan terbaik ? Jadi caranya tak lain dan tak bukan dengan mengambil Alfafa. Alfafa adalah raja herba yang akan meningkatkan keupayaan perut untuk menyerap zat . Tanpa pencernaan yang baik, apa produk yang anda makan akan kurang kesannya.

No. 2 Kurus Dengan Lecithin

Anda tentu tak tahu yang Lecithin sebenarnya banyak digunakan dalam perubatan untuk perbagai jenis penyakit terutamanya darah tinggi, kolestrol, buah pinggang dan sebagainya.  Dalam cara mudah untuk kurus, Lecithin adalah sangat- sangat penting. Sebabnya Lecithin akan membantu mengekalkan kolestrol dan lemak dalam bentuk cecair. Malah Lecithin juga akan menguraikan lemak yang pejal ke bentuk cecair.  Malah saya juga sangat cadangkan Lecithin menjadi amalan harian bagi anda yang dah lansing. Ia menghalang lemak dari menempel di dinding salur darah. Nak lebih kenali Lecithin sila klik di sini.

No. 3 Kurus Dengan Omega Guard

Omega 3 & 6 atau Asid Lemak adalah cara yang paling mudah untuk kurus. Omega akan meningkatkan hormon badan untuk membakar lebih lemak. Malah, Omega juga akan mengurangkan penghasilan lemak oleh tubuh. Selera makan anda juga akan menjadi semakin kurang.  Semua fungsi ini akan menyebabkan anda kurus dengan cepat. Jangan terkejut jika hanya lepas seminggu ukur lilit pinggang anda semakin mengecil. Saya doakan anda lansing dan semakin cantik. Klik untuk artikal penuh tentang Omega.

No. 4 Kurus Dengan ESP

Pernah tak anda tengok kulit kawan- kawan menggeleber selepas mereka kurus. Sangat tak cantik kan. Jadi, penting sangat untuk dapat bentuk badan yang cantik semasa dan selepas anda kurus. Jadi, ESP bukan saja akan menghasilkan otot yang putih, gebu dan licin, tetapi akan berikan rasa kenyang kerana kandungan protinnya yang tinggi. Walaupun tinggi, GI nya pula rendah dan sangat sesuai untuk anda yang menghidap kencing manis. Know more abour ESP click here.

Jadi saya cadangkan anda ambil Set Kurus ini secepat mungkin sebab puasa pun dah dekat. Saya akan kongsi cara kurus paling berkesan pada bulan puasa. Elok sangatlah bulan puasa ni untuk anda yang nak lansing.

Tapi awas, Set ini mesti diambil dengan cara yang betul. Ada yang datang mengadu pada saya yang mereka semakin gemuk. Mengapa jadi begitu ? Puncanya hanya cara makan yang tak betul. Untung anda jadi pelanggan saya sebab saya berguru terus dengan pakar Nutrisi Shaklee.

Saya doakan anda cepat kurus dan semakin cantik hendaknya.

Kalau puan nak maklumat lanjut atau tempahan, jangan segan- segan hubungi saya di 0193949873.

Sekian, Wassalam
Norfaziela Mohd Noor
Pengedar Shaklee Profesional
Shaklee ID 908452
Email zielaamin83@gmail.com
Facebook Norfaziela Mohd Noor










21 May 2014

Tips Anak Sihat
Oleh Norfaziela Mohd Noor

Tips Anak Sihat adalah Facebook Page yang berkongsi tips- tips permakanan sihat bagi anak- anak tersayang. Saya harap segala sharing ini memberi banyak manfaat pada semua ibubapa yang membaca.

Berikut adalah tajuk artikal berkenaan anak- anak:

  1. Atasi Autism dan Slow Learner Dengan Omega Guard ( Klik di sini)
  2. Keburukan Meal Shake Yang Disalaherti ( Klik di sini)
  3. Meal Shake Bukan Fast Food Tapi.. ( Klik di sini)
  4. Omega Guard Membantu Kanak- Kanak Autism ( Klik di sini)
  5. Bantu Anak Hindari Obesiti ( Klik di sini)
  6. Cara Cegah Anak Sakit ( Klik di sini)
Banyak lagi artikal yang akan menyusul insyaallah.

Subscribe semua artikal tebaru dengan klik kami di Google + Atau Like Page Tips Anak Sihat.

Sekian,
Norfaziela Mohd Noor
Ummie kepada Alya, Hasan & Alim

Mudah Atasi Buasir Dengan Zink, Omega Guard dan Ostematrix

Oleh Norfaziela Mohd Noot

Bercerita atas pengalaman diri sendiri.

Saya nak kongsikan pengalaman saya setiap kali pantang.

Setiap kali pantang bersalin, saya sangat trauma nak buang air besar. Sebab baru lepas pengalaman push baby, jadi nak push lebih-lebih masa hadas besar sedikit takut.

Dan memang masih ingat lagi masa anak pertama dan kedua, saya belum kenal Shaklee. Masa tu memang termenung lama dalam tandas setiap kali nak buang air besar. Nak push tu sangat takut. Anda yang alami macam saya mesti faham kan.


Dan masa mengandung anak ke tiga, saya dah prepare siap-siap Set Buasir walaupun saya tak ada pun buasir. Tapi daripada pengalaman kawan-kawan yang dah lama berpantang dengan Shaklee, maka saya beranikan diri mencuba.

Dan Alhamdulillah, sepanjang berpantang anak ke tiga. Saya tak perlu dah lama-lama  dalam bilik air. Setiap kali nak qada' hajat, cepat je selesai.

Sebab itulah saya berani rekomen kepada pembaca untuk mencuba Set Buasir sekiranya puan ada masalah sembelit. Tak semestinya mereka yang ada penyakit buasir sahaja.

Seperti yang kita tahu, ibu berpantang majoritinya ada masalah sembelit atau buasir.


Kenapa? Kerana kita kurang minum air, tak ambik sayur dan kurang makan buah. Kerana ibu berpantang tak elok ambik semua itu, ini mengikut cara saya berpantangla. Kerana takut bentang, urat kembang dan masalah-masalah lain yang ibu selepas bersalin risau terkena.

Cadangan saya, puan Wajib cuba Set Buasir ini. Dan 100% selamat untuk anak-anak dari demam kuning. Kerana ianya bukanlan lah akar kayu, majung atau jamu. 

Sekiranya puan bercadang untuk berpantang dengan tenang. Sila masukkan Set Buasir ini dalam senarai keperluan Wajib dalam senarai pantang puan.

Hubungi saya

Norfaziela mohd noor
019-3949873
zielaamin83@gmail.com

20 May 2014

Ops Perut Buncit, Ingatkan Preggy. Maaf !

" Nak tegur ke tak, nak tegur ke tak ni. Dia mengandung ke atau perut buncit. Buat tak tahu ajelah" . Yang ini boleh tahan lagi. Kalau terus tegur macam ni, " eh dah berapa bulan preggy ?". Hah! Mana nak letak muka kalau dia tu buncit.

Senario macam ini dah jadi semakin banyak. Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah perut buncit. Gaya hidup yang tidak sihat adalah punca utamanya. Makan berlebihan tetapi tidak bersenam. Lemak yang berkumpul pastinya paling banyak di sekeliling perut. Malah lapisan kolon yang tebal dan air yang berlebihan juga menyebabkan perut buncit.

Klik untuk ketahui makanan yang menyebabkan perut buncit.

Cara mengatasi perut buncit adalah dengan beberapa cara seperti bersenam, makan sedikit tetapi kerap dan mengurangkan makanan berlemak.

Tetapi, tentu anda nak perut kempis dengan cepat kan ? Maka saya sangat cadangkan anda mengambil suplimen.

Herb-Lax, Omega Guard dan Alfafa Complex adalah produk yang paling berkesan untuk mengempiskan perut.
Perut sebelum

Fungsi- fungsinya adalah seperti menyahkan air berlebihan, meningkatkan hormon bagi membakar lemak, mengurangkan selera makan, mengurangkan penghasila lemak disekeliling pinggang dan membersihkan lapisan kerak makana di permukaan perut ( kolon).

Tengok lah kesan set ini pada suami saya sendiri. 

Perut Selepas
   
Pada peringkat awal anda akan kerap merasa dahaga. Jadi, jangan keliru. Banyakkan minum air putih supaya pembuangan lemak melalui kencing menjadi lancar. 
Kemudian anda akan merasa kesan yang sangat jelas dengan bentuk lemak di perut dan di sekeliling pinggang dimana ia akan semakin nipis.

Anda akan berasa lebih selesa dengan baju dan pergerakan di pinggang. InsyaAllah jika ambil dengan konsisten, anda akan dapat perut yang lansing dan cantik seperti yang di idam- idamkan.

Oleh itu, jangan tunggu sampai kawan- kawan tegur anda mengandung baru nak cari penyelesaian. Set ini dah bantu suami saya sendiri untuk mendapat perut yang semakin lansing.
Saya hanya akan kongsikan teknik ekskusif pengambilan Set Kempis perut ini pada pelanggan saya. Jika anda ada pertanya atau ingin menempah, sila sms saya ke 019 3949873.

Good luck untuk perut kempis !

Sekian, wassalam

Pengedar Shaklee Profesional
Shaklee ID 908452
Email zielaamin83@gmail.com






19 May 2014

Cara Cepat Atasi Cyst an Fibroid Dengan Vitamin Shaklee
Oleh Norfaziela Mohd Noor
 
Saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah Cyst dan Fibroid memandangkan saya mendapat banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang cara atasi masalah ini.


Pendek kata setiap hari ada yang hubungi saya bertanyakan tentang mengatasi penyakit Cyst dan Fibroid.
Alhamdulillah, setakat ini, saya ada banyak testimoni customer yang saya consult sendiri yang mengalami Cyst dan jugak fibroid. 
Mereka semua sudah berjaya setelah konsisten mengamalkan Set Cyst dan Fibroid ini. Paling menarik, kesannya sangat cepat.

Kisahnya..
 
Seorang dari mereka ini dah menghidap Cyst selama 2 tahun. Dan selepas mengenali supplement yang saya cadangkan iaitu GLA Complex, Vitamin C, Vitamin E. Alhamdulillah, dia hubungi saya selepas pemeriksaan doktor mengatakan Cyst nya sudah kecut.

Apakah itu Cyst ? Klik untuk kenalinya.

Kisah ke-2

Seorang pelanngan  saya yang meghidap fibroid pula. Dia sudah 1 tahun tak datang bulan. Sampai perut puan ini dah buncit kerana terlalu lama tak period. Selepas dia mengambil Set Fibroid selama sebulan, saya mendapat panggilan telefon darinya mengatakan diri nya dah datang period dengan suara yang sangat gembira. 



Bayangkan selama setahun dengan berusaha bermacam produk, akhirnya Allah bagi penawarnya dengan pengambilan Alfalfa Complex dan GLA Complex.

Apakah itu Fibroid ? Klik untuk kenalinya.
 
Kisah ke-3
 
Baru saja semalam saya mendapat panggilan lagi dari seorang customer yang telefon saya untuk datang ke rumahnya. Puan ini dengan muka tertekan memberitahu saya, dia dah serik untuk operation. Sebab dia dah lalui 3 kali pembedahan. Dan dia betul-betul mintak saya teknik cara terbaik dan apa yang terbaik untuk atasi Fibroid.

Doktor sahkan dia yang fibroidnya dah sangat besar dah 9cm, saiznya umpama kandungan 3 bulan.

Alhamdulillah dia yakin dengan produk shaklee selepas mendengar beberapa testimoni dari rakan-rakannya.
Berikut adalah produk- produk Shaklee yang akan mengatasi Cyst dan Fibroid puan dengan cepat. 


Bagaimana cara pengambilannya sehingga dapat mengatasi Cyst dan Fibroid dengan cepat ? Puan mestilah sms saya kerana saya ada banyak lagi kelebihan set ini yang saya nak ceritakan. Teknik- teknik ini sangat- sangat eksklusif untuk anda sahaja.

Jadi, dapatkan set ini hanya daripada saya dan atasi masalah Cyst dan Fibroid puan.

Sila sms ke 019 3949873

Sekian Wassalam
Norfaziela Mohd Noor
Shaklee ID 908452 
Email zielaamin83@gmail.com
Facebook Norfaziela Mohd Noor

 
Oleh Mohd Khairul Amin Kamarudin



Pernah kah isteri atau suami meminta dipeluk dan anda buat tak layan ? Anda sebenarnya sangat- sangat rugi.

Rahsia kebaikan pelukan sangatlah banyak. Dari pagi sampai balik kerja, pastinya suami atau isteri dah jumpa bermacam- macam perkara negatif. 

Perkara ini dah tentu membuahkan emosi negatif seperti stress, kecewa, sedih, marah dan sebagainya.

Oleh itu satu pelukan di waktu pagi dan petang akan merawat emosi- emosi ini. Malah pelukan ini akan recharge tenaga anda dan memberi semangat yang baru.

Pelukan akan menghilangkan tekanan dan emosi negatif yang lain. Bagi pasangan yang bergaduh atau kecil hati, pelukanlah caranya.

Ada juga kajian yang mencadangkan suami dan isteri berpelukan selamat 10 minit tanpa niat untuk disusuli dengan jimak. 

Ini bagi memberi rasa kasih dan sayang dan menghilangkan segala perasaan negatif antara mereka.

Pelukan juga adalah tanda sayang. Ya, memang skuar untuk seorang lelaki menyebut " saya sayang awak", jadi, pelukan adalah kata lain bagi sebutan itu.

Sebuah kajian lagi yang dijalankan di Amerika terhadap beberapa pasangan. Pasangan ini diberikan masa untuk menonton filem selama 20 minit. 

Sebahagian mereka berpelukan sambil menonton. Sebahagian pula hanya berpengangan tangan.

Ujian terhadap dengutan nadi dan tekanan darah menunjukkan pasangan yang berpeluhan amat relaks manakala pasangan yang hanya berpegangan tangan memberi keputusan yang menunjukkan mereka lebih tertekan ketika menonton.

Jadi, JOM peluk pasangan masing- masing

Sekian


Cara Atasi Gout Dengan Set Gout Shaklee
Oleh Norfaziela Mohd Noor

Seorang kawan lama baru saja telefon saya bertanya tentang cara makan Set Gout Shaklee. Ini masalah yang selalu dihadapi oleh ramai pembeli. Membeli tapi tak diajar cara betul pengambilan Set Gout Shaklee.

Sebagai pengedar Shaklee, WAJIB bagi saya fahamkan anda tentang cara mengatasi Gout dengan set ini. Produk apa nak ambil ? Berapa biji nak makan ? Berapa kerap nak makan ? Sebelum makan atau lepas makan ? Apa nak buat bila rasa dahaga ?

Apakah punca Gout ?

Mari saya ceritakan...

Menurut Patient.co.uk, Gout menyebabkan serangan keradangan menyakitkan pada satu atau lebih sendi.  Gout adalah sejenis artritis (walaupun ia sangat berbeza dengan artritis reumatoid yang lebih biasa dan osteoartritis ). Kesakitan serangan gout boleh menjadi teruk .Gout adalah disebabkan oleh bahan kimia di dalam darah yang dipanggil asid urik. Asid urik adalah biasanya tidak berbahaya dan dihasilkan oleh badan.

Kebanyakannya dikeluarkan melalui air kencing dan beberapa dari usus dengan najis ( najis ). Bagi anda yang mempunyai gout, jumlah asid urik dalam darah dihasilkan semakin banyak .  

Dari semasa ke semasa tahap boleh menjadi terlalu tinggi dan kristal kecil kecil asid urik boleh terbentuk . Hablur ini biasanya mengumpul dalam sendi. Hablur merengsakan tisu di dalam sendi menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan - serangan gout. 

Sumber: http://www.patient.co.uk/health/gout-leaflet


Atasi Gout Dengan Set Gout Shaklee

Set Gout Shaklee terdiri daripada 4 produk iaitu Alfafa Complex, AJHT, Omega Guard dan Performance Drink.



Antara fungsi utama Set Gout ini adalah:
  • Mencegah artritis 
  • Melegakan kesakitan
  • Mengawal tahap air dalam badan agar asid urik boleh dikeluarkan dengan mudah melalui kencing.
  • Mendetoksifikasi lebihan dari badan seperti toksik dan asid urik
  • Mengurangkan keradangan sendi
  • Memberi rasa selesa pada sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa yang panjang
 Sumber : http://www.shaklee.com.my/bm
Jadi, jika anda dah mula mengalami sakit Gout yang sedikit, jangan bertangguh- tangguh lagi. Gout boleh menjadi semakin parah jika anda tak lakukan tindakan. Sanggupkah anda menahan sakitnya dan tak boleh berjalan ? 

Set Gout ini membantu fungsi badan bagi mengatasi masalah Gout secara semulajadi.

Namun, jangan sekali- kali tinggalkan ubat kerana ubat dan vitamin ada fungsinya tersendiri dan badan kita memerlukan kedua-duanya.

Jika and berminat untuk mendapatkan maklumat atau produk, sila hubungi saya di 019 3949873.

Sekian Wassalam
Norfaziela Mohd Noor
Pengedar Shaklee Profesional
Shaklee ID 908452
Email zielaamin83@gmail.com
FB: Norfaziela Mohd Noor



17 May 2014

Pengedar Shaklee Pasir Gudang
By Hazlina
Assalam,

Saya, Hazlina Ramli adalah pengedar Shaklee Pasir Gudang yang sah. Sebagai pengedar Shaklee, saya memberi konsultansi berkenaan masalah kesihatan dan produk Shaklee yang tepat khususnya bagi penduduk Pasir Gudang.

Saya akan berikan nasihat terbaik dan cara pengambilan produk Shaklee yang berkesan.

Masalahnya ramai pengedar yang cuma tahu menjual tetapi tidak mahir untuk ajar teknik pengambilan yang berkesan.

Malah,sebagai pengedar Shaklee yang prihatin, saya membuat penghantaran COD ke Pasir Gudang, Kluang, Simpang Renggam dan Masai.

Selain COD, saya juga menghantar produk Shaklee melaui POS ke seluruh Johor dan Malaysia.

Sertai saya sebagai ahli Shaklee untuk mendapat semua kelebihan ahli Shaklee seperti potong 20 - 30 % atas harga runcit dan peluang mendapat cash rebate.
Jika puan nak dapatkan produk Shaklee, puan hanya perlu sms saya ke 0177368096.



Wassalam
Hazlina
Facebook Hazlina Ramli
Email hazlina.ramli@yahoo.com

15 May 2014

Sakit Tapak Kaki Menyeksakan : AJHT & Ostematrix Lah Jawapannya



Asal bangun pagi je rasa sakit pada tumit ata tapak kaki. Lagilah sakit bila cuba berjalan di lantai. Rasa tegang dan bergenyut pun ada. Semakin ditekan ke lantai, tapak kaki semakin sakit. Mungkin ada yang berjumpa doktor dan jalani X ray tapi penemuannya negatif. 

Awas juga pada yang ubah cara berjalan disebabkan sakit kaki akan mengakibatkan sakit yang lain pula dibahagian lutut, punggung dan pergelangan kaki.

Masalah sakit tapak kaki ini dipanggil Plantar Fascitis yang juga dipanggil sakit di tumit kaki. Puncanya kerana keadaan ligament yang lemah dan mudah koyak. Malah ia boleh mengakibatkan sakit pada keseluruhan tapak kaki.

Sebab kerosakan pada ligament ini, anda merasakan sakit terutamanya di waktu pagi. Tapi  sakit itu akan beransur-ansur hilang selepas banyak bergerak. Sebabnya, tisu- tisu kaki dah mula bergerak ataupun warm up

Punca Sakit Tapak Kaki 

14 May 2014

Cara Buat logo dan Text Untuk Poster dan Sebagainya
Oleh Norfaziela Mohd Noor



Puas dah fikir macamana nak buat logo atau text cantik untuk letak pada gambar atau poster. 

Jadi saya nak kongsi 2 website ni. 

No. 1 www.flamingtext.com

Sila klik link ini untuk bermula >> http://www.flamingtext.com/logo/Design-Funtime


No. 2 www.teacherfiles.com 

Sila klik link ini untuk bermula >> http://www.teacherfiles.com/free_word_art.htm

So, cepat- cepat cantikkan poster dan guna cara yang mudahni.

Happy to share

Wassalam,
Norfaziela Mohd Noor
Shaklee ID 908452
Atasi Autism Dan Slow Learner Dengan Omega Guard
Oleh Norfaziela Mohd Noor



" Sekarang ni cakap banyak dah lepas ambil Omega Guard tu. Banyak dah kesan positif sekarang. Dah semakin pandai uruskan diri sendiri, dah banyak bercakap, dah boleh fokus di sekolah dan paling penting dah kenal ABC", luahan seorang bapa yang juga kawan saya yang dah guna sebotol Omega Guard.

Baru dapat feedbackni dari kawan sayani pagi tadi. Alhamdulillah sebagai ibubapa saya pun tumpang gembira. Simptom Autismnya dah semakin diatasi dan hilang. Gembiranya hati ibubapa bila anak dah semakin pulih kan.

Dan WAJIB atas saya untuk berkongsi cerita ini pada kawan- kawan yang ada masalah yang sama. Moga Allah redha dengn bisnes saya. 

Yang menarik, ini adalah testimoni kedua selepas puan Linda yang juga punyai anak Autism. 

Mari saya ceritakan kisah puan Linda pula..

13 May 2014

Puan sedang mencari pengedar Shaklee Dungun ?

Puan mesti dapatkan pengedar yang boleh bantu puan memilih produk Shaklee yang tepat untuk masalah kesihatan puan. 

Kebanyakan pengedar hanya suka menjual tanpa mamahami teknik pengambilan produk yang berkesan.


InsyaAllah saya boleh bantu puan.

Saya akan berikan khidmat penghantaran iaitu COD ke kawasan sekitar Dungun seperti Pulau Serai, Bandar Dungun, Gong Pasir dan sebagainya.

Selain itu, saya juga memberikan rundingan berkenaan khasiat, zat, fungsi dan teknik permakanan semua produk Shaklee.

Oleh itu, JOM hubungi saya di 019-9500768.

Sekian Wassalam,
Nazihah Abdul Ghani
nazihah1988@gmail.com
FB nazihah merakayangan




BTemplates.com

Categories

Powered by Blogger.

Hubungi Saya Untuk Rundingan

Name

Email *

Message *

Followers

JUMLAH PELAWAT

Kenali Saya

E-Book PERCUMA

E-Book PERCUMA
Kurus Dengan Berkesan

Like Saya di FB

Like Saya di FB
" Percuma Tips Kecantikan & Kesihatan Harian. Rugi kalau tak dapat "

Cara Order Produk

Cara Order Produk

Jom Sertai Saya !!!

Jom Sertai Saya !!!
Dua Sejoli :)

Dapatkan Produk Shaklee Anda Sekarang

Search This Blog

Blogger Aktif

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .



klik banner untuk join the community :D

good luck !


Share Pada Rakan

Cool Social Media Sharing Touch Me Widget by Blogger Widgets

Popular Posts

Blog Archive