BANTU ANAK ANDA HINDARI OBESITI
Harian Metro

Masalah kegemukan atau obesiti menjadi satu ancaman kesihatan yang serius dan membimbangkan masyarakat zaman sekarang. Apa yang lebih merisaukan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Masalah ini satu epidemik yang melanda seluruh dunia akibat arus permodenan.
Pengambilan pelbagai makanan segera, minuman berkarbonat dan jus segera yang mengandungi
gula berlebihan antara punca kepada masalah obesiti ini. Jus segera yang dijual dalam air kotak, tin atau botol sebenarnya mempunyai jus amat sedikit dan kandungan gula amat tinggi. Begitu juga dengan minuman tenaga atau minuman coklat diiklankan sebagai minuman kesihatan yang hakikatnya mengandungi gula berlebihan. Oleh kerana itu ramai ibu bapa menyangka bahawa minuman ini sihat dan baik untuk kesihatan. Satu laporan dalam Guardian Express, Amerika Syarikat menyatakan bahawa kanak-kanak zaman sekarang 40 peratus lebih berat daripada kanak-kanak 25 tahun dulu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa industri minuman ini banyak mengiklankan minuman mereka dengan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran utama. Terdapat banyak mesin minuman ini diletakkan di sekolah dan institusi pendidikan menjadikan kanak-kanak sekolah mudah untuk membelinya. Minuman berkarbonat pelbagai perisa ini menjadi kesukaan kanak-kanak turut menyumbang kepada masalah obesiti.

Pengaruh iklan Pengiklanan besar-besaran di televisyen dan Internet turut mempengaruhi kanak-kanak untuk cenderung memilih minuman proses ini. Ibu bapa yang didesak oleh anak mereka akhirnya membelikan minuman manis ini. Masalah gigi dan gusi akibat pengambilan gula berlebihan ini juga meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Makanan segera dan jajan terlalu mudah untuk didapati sekarang. Dengan hanya menelefon talian segera, makanan ini boleh dihantar ke rumah tanpa perlu keluar dan ini amat memudahkan ibu bapa yang bekerja. Ibu bapa yang kepenatan bekerja seharian, tidak mempunyai masa mencukupi untuk masak dengan makanan yang lebih sihat kepada anak mereka.

Kanak-kanak mudah mengaitkan makanan segera dengan suatu perkara menggembirakan mereka. Makanan segera juga lebih murah dan amat mudah didapati. Ambil contoh ibu bapa Jajan dan snek seperti kerepek, keropok, biskut dan sebagainya amat murah dan mudah dibeli di mana-mana menyumbang kepada masalah obesiti. Kanak-kanak biasanya tidak suka makan sayur, buah-buahan dan akan mengambil contoh daripada ibu bapa mereka yang suka makan makanan tidak sihat. Ibu bapa juga kurang mengambil berat soal makanan sihat dan tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai pemakanan yang sihat.

Beberapa tip untuk ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah obesiti.
l. Gantikan minuman manis dengan minum lebih banyak air kosong atau air mineral ketika makan di rumah. Galakkan anak minum air kosong dan kurang mengambil minuman manis akan menurunkan risiko obesiti sehingga 60 peratus. Jangan menyediakan minuman manis seperti air sirap atau air kordial ketika makan. l Sediakan makanan lengkap (whole food) dan sihat yang kaya dengan makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, telur, ayam dan daging segar. Makan makanan yang kaya dengan serat dan dengan zat tinggi dengan vitamin dan mineral seperti beras perang, buah-buahan. Galakkan anak kurangkan makan makanan proses dan segera seperti kerepek, snek, jajan dan sebagainya. Lebihkan makanan berprotein tinggi seperti telur, kekacang, ayam, daging, ikan dan sebagainya dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi.

2. Kurangkan masa menonton televisyen dan bermain komputer kerana ia mengakibatkan anak menjadi tidak aktif secara fizikal. Televisyen juga merangsangkan anak memilih makanan segera dan tidak sihat kerana pengaruh iklan. Makan sambil menghadap televisyen juga mengakibatkan anak makan secara berlebihan, terutama makanan jajan dan snek. l Bersenamlah bersama anak. Ia akan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak. Aktiviti fizikal membantu menurunkan berat badan di samping merangsang perkembangan hormon yang sihat. Berbasikal bersama anak, main badminton, bersukan, berjoging bersama dan pelbagai lagi aktiviti fizikal lain boleh dilakukan. Sekadar berjalan dan menemani anak ke padang permainan satu aktiviti yang sihat.

3 Memberikan sokongan moral pada anak yang menghadapi masalah obesiti amat penting. Tekanan psikologi dan emosi anak obesiti di sekolah yang selalu diejek atau terasing boleh menyebabkan anak makan dengan lebih banyak kerana ‘makan emosi’. Mereka selalunya akan memilih makanan manis dan bergula. Jangan sesekali memanggil mereka seperti ‘gemuk’, ‘bob’, ‘boyot’, ‘gajah’, ‘badak’ dan sebagainya.

Ibu bapa sepatutnya memberikan contoh terbaik kepada anak dengan menjaga berat badan sendiri dan bersama makan makanan sihat dan bersenam selalu. Tambahlah ilmu berhubung pemakanan sihat dan bagaimana penyediaan makanan yang sihat. Elakkan membeli makanan segera selalu dan mengambil mudah soal penyediaan makanan kepada anak. 

Bagaimana Vitamin SihatCantik boleh bantu anak anda?



Vitamin Sihat Cantik adalah pakar dalam memberikan khidmat nasihat dan memasarkan produk kesihatan Shaklee dengan profesional.  Masalahnya ramai pengedar yang hanya tahu menjual tanpa ilmu produk yang cukup dan juga tidak “caring” terhadap pelanggan. Banyak testimoni yang lansung dari pelanggan kami yang membuktikan produk Shaklee sangat berkesan, selamat dan natural. Malah mereka juga amat selesa berurusan dengan kami terutama dari segi konsultansi produk dan “after sale service”.




Untuk maklumat lanjut berkenaan masalah kesihatan & produk sila:

SMS 019 3949873
Blog vitamin-sihatcantik.blogspot.com
“ KONSULTANSI ADALAH PERCUMA” 


SILA " LIKE, COMMENT & FOLLOW" SEKIRANYA INFO INI BERGUNA UNTUK ANDA.