07 November 2013

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?


Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?


Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.


Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?


Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala / Tanda-tanda adanya batu karang

  • Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.
  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Vitamin SHAKLEE untuk mengatasi batu karang

B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 
Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 
Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi 
Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang 
Lecithin - membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang


Banyak…??? Tak… Sila dapatkan konsultasi dari saya, pastinya sesuai untuk anda.
Maklumat lanjut mengenai produk & BEST PRICE, contact Ziela ok.

Pengedar SHAKLEE Kemaman,Terengganu.

sms / whatsapp : 019-3949873

email : zielaamin83@gmail.com

FB Page : Norfaziela Mohd Noor
https://www.facebook.com/norfaziela.mohdnoor or /myvitaminsihatcantik

0 comments:

Post a Comment

BTemplates.com

Categories

Powered by Blogger.

Hubungi Saya Untuk Rundingan

Name

Email *

Message *

Followers

JUMLAH PELAWAT

Kenali Saya

E-Book PERCUMA

E-Book PERCUMA
Kurus Dengan Berkesan

Like Saya di FB

Like Saya di FB
" Percuma Tips Kecantikan & Kesihatan Harian. Rugi kalau tak dapat "

Cara Order Produk

Cara Order Produk

Jom Sertai Saya !!!

Jom Sertai Saya !!!
Dua Sejoli :)

Dapatkan Produk Shaklee Anda Sekarang

Search This Blog

Blogger Aktif

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .



klik banner untuk join the community :D

good luck !


Share Pada Rakan

Cool Social Media Sharing Touch Me Widget by Blogger Widgets

Popular Posts