Oleh Norfaziela Mohd Noor
My Lovely Princess ( Depan) |
Ini kali pertama saya join program tadika PASTI. Maklumlah sebelumni sekerat jalan aje dengan My Little Caliph, takde jodoh kot.
Ok. Aktiviti dimulakan dengan ' transport' anak-anak ke Pantai Kemasik degan 2 biji bas. Memang excited lah anak saya ( Nur Alya Safiyah ) naik bas. Dah memang lama pun dia mintak naik bas. Tapi yelah, nak naik bas dari mana ke mana kan. Jadi, terima kasihlah PASTI sebab tolong saya.
Ok, sambung lagi.
Acara pertama di Pantai Kemasik adalah sukaneka anak- anak. Anak-anak dibahagi
mengikut umur pada 3 kumpulan 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Suka betul budak- budak main sukan. Happy tengok budak- budak ni.
Sambil tu, AJK umum ada pulak sukaneka untuk mak bapak. Ada Musang Berjanggut, Potong Epal dan Bowling Botol. Ada juga teka jumlah lada dalam botol.
Dengan Sahabat Saya, Jan |
Bagi saya, mak bapak memang bagi kerjasama yang sangat baik untuk program ni. Ramai yang ambil cuti separuh hari untuk teman anak- anak. Program setahun sekali mestilah bagi komitmen kan. Ana- anak mengharap sangat kita datang tengok dia. Kalau nak kirakan sibuk memang tak habis- habis sampai pencen. Saat- saat manis yang berlalu kalau terlepas memang dah tak boleh diulang balik. Jadi, mesti ambil perhatian lah tentang hal ini.
Kemudian...
Selepas sarapan pagi, acara disambung pula dengan Sambutan Hari Lahir untuk bulan April. Bersusun- susun kek hari jadi. Tapi nampak meriah sangat. Lagu sebelum potong kek pun menarik, diketua oleh Guru Besar, Cikgu Sah. Macam ni liriknya:
" Allah selamatkan kamu jeng ! jeng ! jeng !
Allah selamatkan kamu jeng ! jeng ! jeng !
Allah selamatkan kamu semua jeng ! jeng ! jeng !
Allah selamatkan kamu jeng ! jeng ! jeng !"
Selepas itu masih ada acara bowling berpasangan. Kemudian acara di teruskan dengan penyampaian hadiah pada mak bapak yang menang acara sukaneka. Paling best, ada tekaan tepat pada jumlah lada dalam botol iaitu 300 biji. Tekaan saya 330 biji hehehe jauh lagi nak kena.
Jadi, sebelum pulang, anak -anak berkumpul untuk ambil free gift dari PASTI. Terakhir, anak-anak pun naik semula bas dan bertolak pulang.
Kesimpulannya, kami sekeluarga sangat gembira dengan program ini. Diharapkan program ini boleh diteruskan tahun hadapan. Tahniah pada PASTI Bestari Al Hikmah atas kejayaan program ini.
Semoga tunas-tunas Islam ini dibaja dan subur untuk menjadi pejuang agama yang mulia ini.
Berikut adalah foto- foto sekitar acara ini
Sebelum sukaneka bermula |
Posing dengan kek |
Jongkang jongkit overloaded |
Antara pemenang |
Jawapannya 300 biji lada |
Hasil Musang Berjanggut |
Wassalam
Norfaziela Mohd Noor
Shaklee Independant Distributor Bukit Kuang
019 3949873
0 comments:
Post a Comment