SHAKLEE NUTRIFERON MENGEKANG BAKTERIA MERBAHAYA
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2012/02/05
suzan@bharian.com.my
2012/02/05
IMUNISASI
anak-anak adalah benteng pertama melindungi nyawa mereka dari jangkitan
pelbagai bakteria berbahaya. Walaupun Malaysia bertuah kerana program imunisasi
yang disediakan Kementerian Kesihatan adalah berpandukan Perluasan Program
Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diberi percuma kepada
bayi dan kanak-kanak, namun masih ada vaksin yang tiada dalam jadual imunisasi
kementerian seperti vaksin jangkitan pneumokokal.
Perunding
Pediatrik dan Neonatologi Sunway Medical Centre, Dr Khoo Boo Aik menjelaskan,
pneumokokal ialah satu kumpulan jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh
bakterium Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.
Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan beberapa penyakit lazim seperti
jangkitan saluran pernafasan termasuk otitis media (keradangan pada telinga
tengah); sinusitis dan jangkitan paru-paru (pneumonia).
Dr
Khoo berkata, ia juga boleh menyebabkan sepsis iaitu sejenis jangkitan pada
aliran darah dan meningitis (jangkitan pada selaput otak).
“Dalam
kata lain, jangkitan ini boleh menyebabkan hilang pendengaran secara kekal,
sawan, kelumpuhan, cacat otak, diabiliti dan kematian dalam kes tertentu.
“Malah
dianggarkan sejuta kanak-kanak mati setiap tahun akibat pneumokokal di seluruh
dunia,” katanya kepada kolum Sihat.
Individu
yang termasuk dalam kategori berisiko dijangkiti penyakit ini ialah kumpulan
usia seawal bawah lima tahun dan melebihi 65 tahun. Ini kerana sistem imun
tubuh yang rendah.
Faktor
lain termasuk tidak mempunyai limpa atau tidak berfungsi dengan betul; pernah mendapat
rawatan akibat pneumonia; menghidap diabetes; masalah jantung kronik, masalah
paru-paru; masalah buah pinggang atau hati; sistem imun yang lemah; mewarisi
gangguan immunodeficiency atau menghidap virushuman immunodeficiency (HIV) atau
acquired immune deficiency syndrome (AIDS) serta implan koklea.
Dr
Khoo berkata, antara gejala yang lazim dikesan pada kanak-kanak termasuk batuk
berkahak; demam panas; sakit telinga atau lelehan telinga; mudah meragam;
menangis berpanjangan; kurang aktif; kelesuan dan nampak sakit.
Bagaimanapun
perlu diingatkan bahawa tidak semua akan mengalami gejala yang dinyatakan
ketika diagnosa.
Beliau
berkata, pneumokokal didiagnosa secara klinikal iaitu berdasarkan hasil ujian
klinikal dan ujian pemeriksaan fizikal. Namun, menurutnya, ada beberapa lagi
ujian yang dapat membantu mendapatkan keputusan positif tetapi kadangkala masih
gagal untuk dikesan. Ini termasuk x-ray dada, kultur dan sensitiviti (C+S)
kahak, (C+S) darah, (C+S) air kencing serta (C+S) cecair cerebrospinal.
Dr
Khoo berkata, sekalipun berbahaya dan sukar didiagnosa, penyakit ini boleh
dicegah dengan langkah-langkah pencegahan am seperti mengekal penjagaan diri
yang baik dan pengambilan makanan berkhasiat bagi membina sistem imun sihat.
Bagaimanapun, kaedah paling efektif dalam usaha pencegahan pneumokokal adalah
dengan vaksin.
“Vaksin
diberi dalam bentuk suntikan di mana jumlah dos yang diperlukan pesakit
bergantung pada usia mereka.
Suntikan
vaksin ini berfungsi dengan memberi stimulasi pada tubuh untuk menghasilkan
antibodi bagi menentang bakteria pneumokokal. Antibodi ini melindungi anda
daripada penyakit sekiranya anda dijangkiti bakteria pneumokokal. Ia juga
melindungi daripada banyak (tidak semua) jenis bakteria pneumokokal,” katanya.
Beliau
berkata, pneumokokal boleh merebak melalui sentuhan antara orang yang sakit
atau pembawa bakteria itu pada tekak mereka. Anda juga boleh mendapat
pneumokokal pneumonia daripada titisan air melalui pernafasan dari hidung atau
mulut orang yang dijangkiti.
Dr
Khoo berkata, antara pilihan rawatan adalah antibiotik secara Intravenous
bersama ubatan yang melegakan gejala. Bagaimanapun, dunia berhadapan dengan
peningkatan jenis bakteria yang kebal antibiotik. Ini menyukarkan proses
rawatan jangkitan bakteria serius ini sekali gus pencegahan melalui vaksin
adalah cara terbaik sebagai pilihan rawatan.
Beliau
berkata, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi serius malah maut selain ibu
bapa dan penjaga berdepan kebimbangan yang tidak berkesudahan. Kesan
psikologikal yang ditinggalkan penyakit ini mampu terlihat pada ibu bapa dalam
bentuk beban kewangan bagi menampung kos rawatan hospital.
“Jangan
lupa bahawa doktor adalah penjaga yang bertanggungjawab merawat pesakit
sehingga sembuh. Sehubungan itu, doktor sangat menekankan pencegahan menerusi
kaedah vaksin.
“Ibu
bapa perlu sedar bahawa pneumokokal adalah penyakit yang serius dan membawa
maut. Sehubungan itu, mereka perlu sedar bahawa pencegahan terhadapnya boleh
dilakukan.
“Sekiranya
anak-anak tidak mendapat suntikan vaksin ini, ibu bapa perlu peka dan mengambil
perhatian terhadap sebarang gejala yang dialami serta segera berjumpa doktor
untuk mengesan dan memberi rawatan segera bagi mengelak komplikasi menjadi
bertambah buruk,” katanya.
Dr
Khoo berkata, ibu bapa harus sedar pneumokokal adalah penyakit yang serius
tetapi boleh dicegah.
Sehubungan
itu, berikan suntikan vaksin kepada anak anda kerana melalui vaksin ia terbukti
lebih efektif dari segi kos sebagai kaedah memerangi jangkitan termasuk
penyakit pneumococcal.
Tindakan
pantas selamatkan Amir
DILAHIRKAN
sihat dan sempurna pada 27 Jun 2010 di Hospital Sungai Buloh, Muhammad Amir
Reza, 2, diberi imunisasi lengkap seperti kanak-kanak lain kecuali pneumococcal
dan rotavirus.
Disapa
manja sebagai Amir oleh ahli keluarga, anak kedua pasangan Mohd Khairil Reza
Atan dan Siti Norbaizura Baharudin adalah bayi cerdik dan cepat belajar
berbanding abangnya, Muhammad Aqil Reza, 4.
Namun,
Jun lalu, kehidupan Norbaizura dan Khairil tiba-tiba berubah apabila Amir mula
demam dan disahkan menghidap pneumokokal meningitis.
“Pada
mulanya, saya cuba beri ubat demam dan memantau suhu badannya di rumah. Masuk
hari kedua, Amir muntah-muntah setiap kali selepas menyusu badan atau diberi
makanan pejal seperti bubur dan biskut.
“Kekerapan
Amir muntah amat membimbangkan kerana dia menjadi sangat lemah dan tidak
bermaya. Namun, Amir masih berselera untuk makan bubur sehingga habis walaupun
dengan mata terpejam,” luah Norbaizura yang selesa disapa Zura kepada kolum
Sihat baru-baru ini.
Zura
berkata, pada mulanya beliau menyangka dirinya tersalah makan kerana menyusu
Amir.
“Maklumlah
setiap pemakanan ibu akan memberi kesan kepada anak. Tetapi melihat kepada
tanda-tanda awal yang ditunjukkan seperti demam berlarutan dengan kadang-kadang
surut; muntah-muntah; tidak memberi tindak balas terhadap sentuhan atau objek
yang diberi selain menjadi lemah serta tidak bermaya, saya sedar Amir perlu
diberi bantuan profesional dengan segera,” katanya.
Sangkaannya
benar belaka, apabila suhu badan Amir meningkat dan terus muntah-muntah, Zura
dan suami membawa Amir ke hospital.
Doktor
yang memeriksa di wad kecemasan bertanya pelbagai soalan sebelum anaknya
dimasukkan ke wad. Di wad, keadaan Amir makin teruk dengan tidak memberi tindak
balas kepada rangsangan sentuhan atau objek. Ketika itu, doktor yang merawat
mula membincangkan perihal Amir dan langkah seterusnya yang harus diambil.
Doktor mencadangkan Amir dipindahkan ke unit jagaan intensif (ICU) untuk
dipantau 24 jam.
Kebimbangan
Zura akhirnya terjawab apabila Amir disahkan menghidap pneumokokal meningitis.
Zura
mengakui pernah mendengar mengenai penyakit itu dari doktor kanak-kanak yang
selalu mereka kunjungi.
“Kami
tidak sempat melakukan imunisasi kerana kos satu dos suntikan adalah RM300 dan
bayi di bawah 12 bulan memerlukan tiga dos ditambah satu dos lagi selepas 12
bulan.
“Selepas
doktor mencadangkan prosedur lumbar puncture dan menerangkan kepada kami
mengenai penyakit ini, saya mula mencari lebih maklumat di internet,” katanya.
Amir
bertuah kerana ibu bapanya pantas bertindak hingga pulih dari pneumokokal
meningitis.
Lebih
bersyukur lagi, Amir tidak mengalami sebarang komplikasi berbeza daripada
pesakit lain yang menghadapi kemungkinan menjadi buta, pekak, cacat dalam otak,
tidak dapat berjalan dan sebagainya akibat bakteria merebak teruk ke dalam
lapisan otak.
“Mungkin
juga kerana kami bersetuju membuat lumbar puncture untuk mengetahui penyakit
dan ubat yang sepatutnya untuk merawat Amir, dia berjaya pulih sepenuhnya.
“Kami
bersyukur dapat melalui ujian ini dengan penuh reda. Tidak saya nafikan
sangat-sangat terganggu, sehingga tidak dapat fokus kepada perkara lain, malah
saya mengambil cuti tanpa gaji selama 15 hari untuk menjaganya di hospital.
“Nasib
baik Aqil sangat berdikari dan boleh tinggal dengan suami selama saya berada di
hospital. Kami juga bernasib baik kerana mengambil kad perubatan dengan sebuah
syarikat insuran. Bayangkan saja kos yang mencecah RM17,000 yang perlu kami
tanggung tanpa perlindungan insuran,” katanya.
Bagi
ibu bapa yang anaknya mengalami komplikasi selepas dijangkiti pneumokokal
meningitis, mereka boleh mendapatkan nasihat doktor untuk memulihkan semangat
diri dan keluarga. Namun, sayang ketika ini, Malaysia belum ada badan yang
boleh membantu termasuk pusat maklumat am pneumokokal yang boleh memberi
panduan mengendalikan pesakit.
Sehubungan
itu, Zura berkata, sebuah badan khas perlu ditubuhkan bagi membantu pesakit
pneumokokal meningitis.
“Kita
perlu membentuk badan khas yang boleh memberikan maklumat dan menekankan betapa
pentingnya kerajaan memasukkan imunisasi dalam jadual imunisasi kanak-kanak.
“Ini
kerana imunisasi terhadap pneumokokal meningitis adalah perlindungan pilihan,
jadi ibu bapa kerap memilih untuk tidak mengambil imunisasi ditambah pula
harganya yang agak membebankan terutama kepada golongan berpendapatan sederhana
dan rendah,” katanya yang mengajak ibu bapa melayari laman web
www.abc4pneumococcal.com dan menandatangani ikrar bagi memasukkan pneumokokal
konjugat vaksin dalam Program Imunisasi Malaysia.
INFO
Faktor
risiko lain pneumokokal
*
Tidak ada limpa atau tidak berfungsi dengan betul
*
Pernah mendapat rawatan akibat pneumonia
*
Menghidap diabetes
*
Masalah jantung kronik
*
Masalah paru-paru
*
Masalah buah pinggang atau hati
* Sistem
imun yang lemah, mewarisi gangguan immunodeficiency atau menghidap virus human
immunodeficiency (HIV) atau acquired immune deficiency syndrome (AIDS)
*
Implan koklea
By Vitamin SihatCantik
Bagi
meningkatkan tahap imunisasi dikalangan kanak-kanak bagi mengelakkan gejala
begini dari berlaku, kami mencadangkan Shaklee Nutriferon.
Untuk maklumat lanjut
berkenaan masalah kesihatan & produk sila:
SMS 019 3949873
Blog
vitamin-sihatcantik.blogspot.com
“ KONSULTANSI ADALAH
PERCUMA”
0 comments:
Post a Comment