01 May 2014

Kelebihan Bulan Rejab
Oleh Mond Khairul Amin Kamarudin



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) 
Malah, Abu Daud meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.

Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya pada bulan Ramadan.


Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya.

Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud menyatakan bahawasanya: “Baginda SAW berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Syarawi dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa sunat menyenaraikan lapan jenis puasa yang beliau sifat sebagai ‘puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah’ iaitu: 

  • Pertama, puasa hari Arafah (9 Zulhijjah khusus bagi mereka yang tidak menunaikan Haji). 
  • Kedua, puasa hari Asyura (10 Muharam). 
  • Ketiga, puasa enam hari di dalam bulan Syawal. 
  • Keempat, puasa hari-hari Putih di dalam bulan-bulan Islam iaitu pada hari ke-13,14 dan 15. 
  • Kelima, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. 
  • Keenam, berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 
  • Ketujuh, berpuasa sembilan hari daripada bulan Zulhijjah (dari 1 hingga 9 Zulhijjah). 
  • Kelapan, banyakkan berpuasa di dalam Syaaban.

Maka di sini, dapat saya simpulkan bahawa Rejab adalah bulan yang mulia sebagaimana bulan-bulan haram yang lain. Dalam bulan Rejab ini sama-samalah kita meninggalkan perbuatan yang dilarang dan diharamkan seperti menzalimi diri sendiri, serta memperbanyak ketaatan kepada Allah SWT dan memperbanyakkan membuat amal kebaikan

Marilah kita mempersiapkan diri untuk memasuki bulan Ramadan yang bakal menjelma dua bulan daripada sekarang agar termasuk sebagai Islam yang berjaya di bulan tersebut dan memperoleh Lailatul Qadar. Pada bulan ini jugalah berlakunya peristiwa besar seperti peristiwa Israk dan Mikraj pada tanggal 27 Rejab di mana yang memaktubkan solat fardu sebagai ibadat wajib yang perlu dilaksanakan umat Islam. Berpuasalah dalam bulan ini sekadar yang mampu tetapi janganlah sehingga melampaui batas.


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

BTemplates.com

Categories

Powered by Blogger.

Hubungi Saya Untuk Rundingan

Name

Email *

Message *

Followers

JUMLAH PELAWAT

Kenali Saya

E-Book PERCUMA

E-Book PERCUMA
Kurus Dengan Berkesan

Like Saya di FB

Like Saya di FB
" Percuma Tips Kecantikan & Kesihatan Harian. Rugi kalau tak dapat "

Cara Order Produk

Cara Order Produk

Jom Sertai Saya !!!

Jom Sertai Saya !!!
Dua Sejoli :)

Dapatkan Produk Shaklee Anda Sekarang

Search This Blog

Blogger Aktif

Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .



klik banner untuk join the community :D

good luck !


Share Pada Rakan

Cool Social Media Sharing Touch Me Widget by Blogger Widgets

Popular Posts

Blog Archive