By zielaamin83@gmail.com
Apa itu Resdung ?
RESDUNG atau sinusitis adalah satu masalah tipikal di seluruh dunia. Satu fakta yang jelas adalah 8 dari 10 orang akan didapati mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak memerlukan rawatan.
Di Malaysia pula, dijangkakan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah resdung.
Namun begitu, kurang 50 peratus mendapatkan rawatan dan ramai yang tak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung yang dialami hanya selesema atau alahan biasa.
Menurut perubatan moden, resdung adalah radangan yang berada di lapisan membran meliputi dinding ruang sinus. Faktor keradangan sinus disebabkan jangkitan kuman atau virus, alergi atau masalah sistem imun badan seseorang.
Pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada bahan menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.
Penghidap resdung biasanya sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama pada waktu pagi.
Apakah Tanda-tanda Anda Menghidap Resdung ?
1. Anda batuk hingga kerongkong dan anak tekak gatal.
2. Telinga sering tersumbat.
3. Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
4. Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.
5. Bersin melampau dan terlalu kerap.
6. Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara penghidap menjadi sengau.
Siapa Yang Berisiko Untuk Menghidap Resdung ?
1. Anda yang alah kepada habuk, bulu dan makanan menyebabkan hidung tersumbat.
2. Anda yang mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung bengkok.
3. Mempunyai ketumbuhan dalam hidung hingga menyebabkan ruang sinus sempit.
Apakah Kesan Menghidap Resdung ?
Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
Kanak-kanak
Antara akibat resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah.
"Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta"
Dewasa
Resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria.
Risikonya bakteria boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut.
Bagaimana Mencegah Radang Resdung
1. Elak memelihara binatang berbulu.
2. Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang.
3. Bersihkan karpet atau permaidani dengan penyedut hampagas.
4. Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah
5. Minum banyak air suam atau mineral.
6. Lap muka dengan tuala basah dan air suam
7. Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.
SET ALAHAN/ RESDUNG
Set Alahan/ Resdung Shaklee terdiri daripada Garlic Complex, Sustained Released Vitamin C, Alfafa Complex dan Nutriferon.
Bagaimana Set Alahan/ Resdung Shaklee Berfungsi ?
Garlic Complex
Ia akan memusnahkan bakteria daripada debu, bulu dan perbagai punca radang resdung.
Sustained Released Vitamin C
Ia menentang iritasi ketika radang resdung. Ia juga mengukuhkan sistem imune terhadap serangan bakteria dari habuk kotoran dan bulu.
Alfafa Complex
Melawan alahan dan mendetoksifikasi sistem melalui usus dengan mnengeluarkan toksik dari tubuh. Ia juga memperbaiki keadaan hidung yang sensitif.
NutriFeron
Mempertingkatkan sistem imune terhadap serangan radikal luar yang membawa kepada keradangan resdung.
Bagi yang ingin memulakan rawatan resdung dan membuat tempahan, sila hubungi
H/P 019 3949873
Email zielaamin83@gmail.com
Facebook Vitamin SihatCantik
COD di sekitar Kemaman & POS ke seluruh negara.
Hanya perlu daftar ahli untuk mendapat harga paling murah. Sila klik disini.
Vitamin Sihat Cantik adalah pakar dalam
memberikan khidmat nasihat dan memasarkan produk kesihatan Shaklee dengan
profesional. Masalahnya ramai pengedar
yang hanya tahu menjual tanpa ilmu produk yang cukup. Banyak testimoni yang
lansung dari pelanggan kami yang membuktikan produk Shaklee sangat berkesan,
selamat dan natural.
0 comments:
Post a Comment