Sediakan lah buku catatan untuk mencatatkan hal-hal yang dapat memberikan 'ilham'. Dengan buku ini anda boleh memcatat puisi,doa pendek atau kutipan serta kata-kata mutiara yang dapat mencuit hati anda dan membuka fikiran anda, jika fikiran anda sedang kegelapan. Pada waktu fikiran anda kusut dan hati anda bimbang, barangkali anda dapat menemui ramuan ubat mujarab dalam buku catatan tersebut. Para pesakit kursus kesihatan boston kebanyakkannya memiliki buku seperti itu. Buku itu mereka sebutkan sebagai "pembesar hati dan pembangkit semangat" rohani kita.
Jangan terlalu lama memikirkan kekurangan orang lain!
Sudah tentu suami anda juga mempunyai banyak kesalahan! Kalau beliau seorang yang suci, sudah tentu beliau tidak akan menjadi suami anda. Bukan-kah begitu? Seorang peserta kursus di Boston yang berwajah kurus-cengkung, suka marah-marah dan merungut. Beliau menyedari sifat buruk itu ketika di tanya, "Apa yang akan anda lakukan bila suamimu meninggal?" Beliau sangat terkejut mendengar pertanyaan yang tidak pernah terlintas di hatinya itu. Seketika itu juga beliau mengambil kertas dan menulis sifat-sifat baik yang dimiliki oleh suaminya. Jika selama ini anda mempunyai seorang suami yang zalim, sebaiknya anda meniru tindakan yang diambil oleh wanita tersebut. Anda mesti membuat analisa wajar. Siapa tahu setelah anda meneliti dengan betul segala kebajikan dan kebaikan suami anda itu, ternyata memang beliaulah orang yang benar-benar anda idam-idamkan!
Biasakanlah menaruh perhatian pada orang lain! Berusahalah agar anda boleh bersikap peramah, bersahabat dan menaruh perhatian pada orang-orang yang hidup di persekitaran anda. Sebagai contoh, ada seorang suri rumahtangga yang merana dan kesepian kerana berasa keseorangan. Beliau tidak mempunyai teman. Beliau disarankan supaya mengenali orang-orang yang beliau jumpai. Saranan tersebut diturutinya. Beliau mulai menyapa sesiapa sahaja yang ditemuinya dan beliau berusaha membayangkan kehidupan mereka. Akhirnya beliau menjadi peramah, suka menyapa siapa sahaja. Dan kini beliau menjadi manusia yang menarik. Beliau telah bebas dari penderitaannya.
Sebelum tido, buatlah perancangan kerja bagi hari esok.
Berdasarkan dari kursus di Boston itu, ramai suri rumahtangga yang tertekan dan bingung kerana selalu terkejar-kejar oleh pekerjaan rutin di rumah yang tidak habis-habis. Mereka merasakan bahawa pekerjaannya tidak pernah selesai. Mereka dikejar oleh waktu. Untuk menghilangkan perasaan terburu-buru dan rasa susah hati yang semakin lama semakin berat, disarankan agar setiap malam, sebelum tidur, mereka menyediakan jadual untuk pagi esok. Bagaimanakah hasilnya? Pekerjaan yang dapat diselesaikan lebih banyak jumlahnya. Keletihan lebih jauh berkurangan . Ada perasaan bangga kerana kejayaannya. Selain daripada itu mereka juga mempunyai waktu untuk berdandan dan bersolek (saya rasa wanita yang tahu bahawa dirinya cantik, tidak akan mengalami gangguan saraf).
Akhirnya, jauh kan diri anda dari ketegangan dan keletihan.
Berehatlah, Berehatlah! Rehat! Ketegangan dan keletihan mempercepatkan anda kelihatan tua, kusut dan tidak bermaya! Bilamana anda ingin menghapuskan kekusutan serta kebimbangan hati. Maka anda harus berehat. Harus beristirehat sepenuhnya! Para doktor juga menyedari hal ini.
Memang demikian seharusnya. Anda sebagai suri rumahtangga harus banyak beristirehat , banyak bersenang diri! Ini besar sekali manfaatnya. Anda boleh merebahkan badan dimana sahaja. Boleh juga berbaring dilantai! Aneh kedengarannya. Lantai yang keras sebenarnya lebih baik daripada tempat tidur yang bertilam empuk. Lantai keras dapat memberikan tindakan yang lebih sempurna. Ini sangat baik untuk punggung.
Cubalah selama dua-tiga minggu dan kemudian lihatlah hasilnya. Lihatlah sama ada terdapat sebarang kesan terhadap wajah dan watak anda atau tidak.
♡♡♡♡senyum selalu;)♡♡♡♡♡
0 comments:
Post a Comment