31 October 2013
- 9:44 AM
- Norfaziela
- No comments
29 October 2013
23 October 2013
- 2:54 PM
- Norfaziela
- No comments
20 October 2013
- 1:43 PM
- Norfaziela
- No comments
19 October 2013
- 3:20 PM
- Norfaziela
- No comments
VIVIX telah dilancarkan oleh Shaklee sejak setahun yang lalu dan telah dijual melebihi 1,000,000 botol.
Bagaimana Vivix bertindak ?
VIVIX melindungi and memperbaiki DNA ditahap sel selular. Ia juga mengaktifkanpengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.
VIVIX juga meningkatkan tahap tenaga didalam sel dengan menggalakkan pembentukan sel baru. Malah VIVIX juga melambatkan pembentukan protein AGE yang mengganggu keutuhan sel.
- 11:43 AM
- Norfaziela
- No comments
11 October 2013
- 1:36 AM
- Norfaziela
- No comments
Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit,rambut,kuku,ligamen,otot,tulang,sendi,tendon,mata,gusi dan saluran darah
~lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen
~kolagen melindungi organ,perut,hati,jantung,paru-paru,saluran darah,sel otak dll
~kornea juga adalah kolagen
~60% daripada tulang adalah kolagen
Kolagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan
Mengekalkan badan yang muda,anti - penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan
KESAN-KESAN KEHILANGAN KOLAGEN
-garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata [eyes bag], penglihatan kabur
-gusi yang tidak sihat
-garis halus kelihatan pada leher
-payu dara dan punggung kelenturan
-kuku senang pecah,pudar dan kekuningan
-rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
-Liang roma menjadi lebih besar,pigmentasi,jeragat,kulit kekuningan
-kulit hilang keanjalan,lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
-kehilangan kalsium,sakit belakang, sakit sendi
KOLAGEN DARIPADA SISIK IKAN MERAH
ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak.
●sangat lasak dan elastik
●kepaduan sel yang sangat tinggi
●tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
●jisim molekul yang sangat rendah
~ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m,dibawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yang biasa untuk hidup
KEANJALAN
MENYOKONG PEMBENTUKAN TISU PENYAMBUNG
kolagen
■membekalkan elastin
■membekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan laut
■mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus
■meningkatkan penyerapan kolagen
PENGHIDRATAN
SATU KOMBINASI YANG MENYOKONG PENGHASILAN KOLAGEN DAN ASID HIALURONIK
ekstrak biji camellia japonica
■mengandungi asid oleik dan isoflavon
■membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak pfaffia
■diguna secara traditional untuk merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon & meningkatkan tenaga batin
■meningkatkan prestasi dan tenaga
ANTIOKSIDAN
MEMBEKALKAN NUTRISI UNTUK PENGHASILAN KOLAGEN & LAWAN RADIKAL BEBAS
vitamin C
■menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
Vitamin B2,B6
■bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metabolisme protein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh
KEBERKESANAN TERBUKTI!
Kelembapan-maju-69%
Kelicinan-maju-75%
Kedutan-kurang-80%
Keserian-maju-90%
■ujian klinikal menunjukkan yang 71% pengguna berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan selama 8minggu berturut-turut
08 October 2013
- 12:28 AM
- Norfaziela
- 1 comment
Percaya atau tidak, apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah, apabila anda lansung memikirkan tentang penat anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata, "Aku malaslah hari ni", "Aku boringlah hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka, jika anda ingin cemerlang dan berjaya bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita".
07 October 2013
- 5:15 PM
- Norfaziela
- No comments
Ramai wanita tertanya-tanya,apakah lelaki merasakan emosi yang serupa dengan emosi yang dirasai oleh perempuan apabila mereka bercakap mengenai 'cinta'? Perkara ini menjadi misteri kepada perempuan disebabkan lelaki tidak suka menerangkan secara terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila mereka itu sedang mengalami rasa cinta.
Pakar psikologi mengatakan, bagi perempuan, cinta adalah sejenis emosi, tetapi ia adalah sebaliknya bagi lelaki. Kepada lelaki, cinta adalah sesuatu peristiwa, suatu kejadian, bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. Oleh itu, daripada sudut pandangan lelaki, cinta seperti juga apa-apa peristiwa lain, maka cinta juga tentulah mempunyai titik permulaannya dan mempunyai titik penghujungnya.
Daripada kaca mata lelaki, disebabkan cinta adalah suatu peristiwa, maka sekali dia jatuh cinta kepada seorang perempuan, maka cintanya itu akan terus kekal berada pada tempatnya, iaitu kepada perempuan itu. Tempat cinta lelaki tidak berubah-ubah sampai bila-bila, melainkan apabila berlaku perkara-perkara yang boleh melenyapkan cintanya kepada perempuan itu.
Maka itulah sebabnya, bagi lelaki, apabila sekali dia sudah melafazkan komitmen cintanya kepada wanita, sama afa melalui ikatan janji, tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan 'cinta' tidak perlu disebut-sebut lagi. Bagi lelaki, sekali dia jatuh cinta, dia tahu cintanya akan terus berada pada tempatnya, iaitu kepada perempuan itu dan tidak akan berubah-ubah lagi.
Kepada lelaki, sesudah bernikah, tidak ada gunanya dia mengulang-ulang kata-kata 'cinta' kalau semata-mata untuk dibisik-bisikkan ke telinga isterinya, seperti yang dulu mungkin pernah diucapkan semasa belum berkahwin. Inilah yang tidak dimengerti oleh kebanyakan perempuan. Berbeza halnya dengan perempuan. Sekali perempuan jatuh cinta, dia mahu terus bercakap-cakap mengenai cintanya dari masa ke masa.
Demikian pula, perempuan mahu terus mendengar kata-kata 'cinta' diulang-ulang dan dibisik-bisikkan ke telinganya oleh lelaki yang dicintainya. Kerana memang begitulah cara wanita memupuk cinta dan kasih sayang dengan lelaki. Tidak seperti lelaki, bagi wanita, walaupun dia sudah berkahwin dengan lelaki yang dicintainya itu, dia masih mahu supaya cinta terus dipupuk sepanjang masa, tidak kira siang ataupun malam, sama ada mereka sudah beranak ataupun belum.
Cara wanita memupuk cinta ialah dengan menggunakan kegiatan bercakap-cakap dan berbual-bual mengenai 'cinta' itu sendiri. Bagi wanita, pusat cinta dan kemesraan perhubungan antara lelaki dan perempuan ialah pada aktiviti bercakap-cakap dan berbincang mengenai cinta. Tanpa aktiviti bercakap-cakap mengenai cinta dan kasih sayang, wanita berasa tiada kemesraan dalam perhubungan mereka berdua. Semakin kerap dia dan pasangannya bercakap-cakap mengenai cinta mereka berdua, semakin dia berasa perhubungan mereka amat mesra.
Namun, bukan begitu halnya bagi lelaki, di mana apa yang berfungsi sebagai pusat cinta lelaki adalah aktiviti-aktiviti fizikal, bukannya aktiviti bercakap-cakap. Daripada sudut pandangan lelaki, pusat nikmat kemesraan hubungan dengan pasangannya pun serupa juga, iaitu aktiviti fizikal. Cara lelaki menjalin dan memupuk perhubungan cinta dengan perempuan adalah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama perempuan itu, bukan dengan bercakap-cakap dan berbual-bual. Inilah yang tidak difahami oleh kebanyakan perempuan berkenaan cinta lelaki.
Yang membolehkan lelaki mencapai keseronokan, kepuasan dan kebahagian bercinta ialah apabila dia dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dengan pasangannya. Bagi lelaki, persahabatan dan percintaan adalah sambungan kepada pelbagai aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama. Dalam erti kata yang lain, bagi lelaki, apabila dia dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dengan pasangannya, maka barulah dia dapat bersahabat mahupun bercinta dengan org itu. Barulah dia dapat mencapai kepuasan mahupun nikmat bersama dengan rakan aktivitinya.
Perempuan perlu memahami cara lelaki mengecap nikmat kemesraan bercinta adalah melalui aktiviti bersama. Apabila lelaki dapat melakukan dengan pasangannya apa yang mereka sukai, maka barulah di situ lelaki beroleh nikmat kepuasan erti cinta. Lelaki tidak mendapat apa-apa nikmat dan kepuasan kalau hanya dengan hanya bercakap-cakap mengenai cinta dengan pasangannya disebabkan daripada kaca mata lelaki, bercakap-cakap bukan suatu aktiviti.
Berdasarkan hakikat ini, apabila perempuan berhasrat membuatkan pasangannya mengecap kepuasan dan nikmat bercinta dengan dirinya, maka dia perlu turut serta melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh pasangannya itu. Sebagai contoh, ikut bersama-sama membuat kerja-kerja yang sedang dibuat olehnya ataupun ikut sama meminati hobinya.
Ramai lelaki yang meminati aktiviti seperti memancing, bola sepak, menonton gusti di television ataupun memikat burung tetapi tidak ramai di antara mereka yang mempunyai pasangan yang sama-sama meminati aktiviti tersebut. Keadaan ini mengurangkan rasa nikmat dan kepuasan lelaki itu dalam konteks perhubungan mereka berdua.
03 October 2013
- 7:43 PM
- Norfaziela
- No comments
Sediakan lah buku catatan untuk mencatatkan hal-hal yang dapat memberikan 'ilham'. Dengan buku ini anda boleh memcatat puisi,doa pendek atau kutipan serta kata-kata mutiara yang dapat mencuit hati anda dan membuka fikiran anda, jika fikiran anda sedang kegelapan. Pada waktu fikiran anda kusut dan hati anda bimbang, barangkali anda dapat menemui ramuan ubat mujarab dalam buku catatan tersebut. Para pesakit kursus kesihatan boston kebanyakkannya memiliki buku seperti itu. Buku itu mereka sebutkan sebagai "pembesar hati dan pembangkit semangat" rohani kita.
Jangan terlalu lama memikirkan kekurangan orang lain!
Sudah tentu suami anda juga mempunyai banyak kesalahan! Kalau beliau seorang yang suci, sudah tentu beliau tidak akan menjadi suami anda. Bukan-kah begitu? Seorang peserta kursus di Boston yang berwajah kurus-cengkung, suka marah-marah dan merungut. Beliau menyedari sifat buruk itu ketika di tanya, "Apa yang akan anda lakukan bila suamimu meninggal?" Beliau sangat terkejut mendengar pertanyaan yang tidak pernah terlintas di hatinya itu. Seketika itu juga beliau mengambil kertas dan menulis sifat-sifat baik yang dimiliki oleh suaminya. Jika selama ini anda mempunyai seorang suami yang zalim, sebaiknya anda meniru tindakan yang diambil oleh wanita tersebut. Anda mesti membuat analisa wajar. Siapa tahu setelah anda meneliti dengan betul segala kebajikan dan kebaikan suami anda itu, ternyata memang beliaulah orang yang benar-benar anda idam-idamkan!
Biasakanlah menaruh perhatian pada orang lain! Berusahalah agar anda boleh bersikap peramah, bersahabat dan menaruh perhatian pada orang-orang yang hidup di persekitaran anda. Sebagai contoh, ada seorang suri rumahtangga yang merana dan kesepian kerana berasa keseorangan. Beliau tidak mempunyai teman. Beliau disarankan supaya mengenali orang-orang yang beliau jumpai. Saranan tersebut diturutinya. Beliau mulai menyapa sesiapa sahaja yang ditemuinya dan beliau berusaha membayangkan kehidupan mereka. Akhirnya beliau menjadi peramah, suka menyapa siapa sahaja. Dan kini beliau menjadi manusia yang menarik. Beliau telah bebas dari penderitaannya.
Sebelum tido, buatlah perancangan kerja bagi hari esok.
Berdasarkan dari kursus di Boston itu, ramai suri rumahtangga yang tertekan dan bingung kerana selalu terkejar-kejar oleh pekerjaan rutin di rumah yang tidak habis-habis. Mereka merasakan bahawa pekerjaannya tidak pernah selesai. Mereka dikejar oleh waktu. Untuk menghilangkan perasaan terburu-buru dan rasa susah hati yang semakin lama semakin berat, disarankan agar setiap malam, sebelum tidur, mereka menyediakan jadual untuk pagi esok. Bagaimanakah hasilnya? Pekerjaan yang dapat diselesaikan lebih banyak jumlahnya. Keletihan lebih jauh berkurangan . Ada perasaan bangga kerana kejayaannya. Selain daripada itu mereka juga mempunyai waktu untuk berdandan dan bersolek (saya rasa wanita yang tahu bahawa dirinya cantik, tidak akan mengalami gangguan saraf).
Akhirnya, jauh kan diri anda dari ketegangan dan keletihan.
Berehatlah, Berehatlah! Rehat! Ketegangan dan keletihan mempercepatkan anda kelihatan tua, kusut dan tidak bermaya! Bilamana anda ingin menghapuskan kekusutan serta kebimbangan hati. Maka anda harus berehat. Harus beristirehat sepenuhnya! Para doktor juga menyedari hal ini.
Memang demikian seharusnya. Anda sebagai suri rumahtangga harus banyak beristirehat , banyak bersenang diri! Ini besar sekali manfaatnya. Anda boleh merebahkan badan dimana sahaja. Boleh juga berbaring dilantai! Aneh kedengarannya. Lantai yang keras sebenarnya lebih baik daripada tempat tidur yang bertilam empuk. Lantai keras dapat memberikan tindakan yang lebih sempurna. Ini sangat baik untuk punggung.
Cubalah selama dua-tiga minggu dan kemudian lihatlah hasilnya. Lihatlah sama ada terdapat sebarang kesan terhadap wajah dan watak anda atau tidak.
♡♡♡♡senyum selalu;)♡♡♡♡♡